Wednesday, 15 January 2014

Sekali lagi pasal aku . Hahha :D

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera :D

Harini, aku nak beri jawapan kenapa aku tak jumpa lagi kawan baik yang baru . Salah satu sebabnya ialah aku sendiri yang taknak sebenarnya . Taknak bukak hati terima kawan baik baru macam bff aku yang masa sekolah dulu . Walaupun mereka sekarang ni dah ada kawan baik baru, I am still like this . Aku pun dah tak peramah, dah tak bergaya, dah tak gila-gila macam dulu dah kan . . Hahhaa .
Aku bukan apa , kadang-kadang malaslah . Benda ni sementara je. Aku pun dah tak dan tak . Berat badan pun makin naik sekarang ni . Hahhahah ;D


Aku pun taktau sampai bila . Kawan ada . Ramai . Yang macam kawan baik aku masa sekolah pun ada . Tapi, aku je yang taknak ganti kawan . Aku sebenarnya dah tak reti nak mulakan balik macam mana . Banyak perkara yang mematangkan kita dan mengajar kita . Hari demi hari berlalu , I am still like this . Kadang-kala juga, kenangan lama pun menjelma dan aku? Masih disini, masih begini . Teruskan hidup , berpijak lagi dibumi yang nyata dan mungkin hidup dengan bayang-bayang sendiri tanpa ingin keluar menikmati dunia baru .


Aku taknak cuba, sebab taknak pujuk hati sendiri untuk bangkit semula . Bila aku jatuh, aku boleh bangun . Tapi bila aku tersungkur, belum ada lagi yang mampu dekat dengan aku , berdiri disebelah sambil memimpin aku untuk bangun semula . Kebanyakan mereka hanya melihat sahaja dan berlalu pergi seperti angin yang bertiup dipetang hari ~



Okay, calobeteh (^_^)"





Sincerely me,
SJ

Wednesday, 1 January 2014

2014 , Keyakinan & Kematangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera duhai si pembaca ~
Hihhihi :D

Aku nak jadi lebih baik dari sebelum ni . Agar aku dapat tambah pengetahuan pada diri aku . Aku suka hal yang berkaitan dengan pengurusan . Aku nak fokes pada apa yang aku ada . Aku nak jadi lebih kuat sama ada fizikal atau mental . Aku harap, aku dapat balik keyakinan aku untuk bercakap secara jelas dan lancar depan orang ramai tanpa gigil dalam hati . Huhu . Aku nak hilangkan sifat gelabah dan cepat takut pada diri aku . Aku ni manusia biasa jugak .

Okay, ini sahaja dari aku yang agak sibuk pada 01l01l2014.
Terima kasih sebab baca . Hihihi
Calobeteh ~

Sincerely me,
SJ